Assalammualaikum saya nak ucapkan selamat tahun baru,moga untuk tahun baru 2015 kite semua membuat perubahan baru untuk diri kite dan memperbaiki setiap kelemahan diri kite. Tahun 2014 meninggalkan kite dengan pelbagai kenangan manis dan pahit. setiap yang manis akan menjadi sesuatu kenangan yang terindah dan yg pahitnye di jadikan penganjaran untuk diri kite.
Rasanye cukuplah mukadimah nie, ok seterusnye kite pg ke bab lain. Untuk ruangan kali nie saya suka nak tunjukkan kepada anda semua yg membaca blog ini mengenai perkahwinan. Saya sekadar ingin berkongsi kepada anda semua,moga apa yang saya kongsikan ini menjadi pengajaran yang baik untuk semua bakal pengantin pada tahun 2015 ini. Mengikut pengalaman saya sebagai perunding perkahwinan untuk trend org kahwin zaman nie kebanyakkan ada yang mengeluarkan belanja yg besar sehinggalah sanggup membuat loan semata2 untuk majlis kahwin mereka,kononnye utk menunjukkan perkahwinan mereka lebih hebat dr yang lain,cukuplah sekadar yang termampu untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan mereka tapi akhirnye kecundang kerana apa, sebab mereka tidak termampu untuk membayar hutang mereka selepas berkahwin.
Kalau mengikut islam perkahwinan itu mudah, bukanlah yang membebankan, yang penting niat kite sebagai muslim untuk mendirikan rumahtangga. Cukuplah sekadar menjamu tetamu yang hadir untuk meraikan majlis anda, sekiranye ada belanja yang lebih barulah fikir untuk ada pelamin,persalinan baju dan sebagainye bg memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda.Cukup suka saya katakan disini jangan disebabkan keinginan anda, bole menyusahkan org lain di sekeliling.Sekadar perkongsian saja, setiap sesuatu haruslah ada perancangan dan seterusnye lakukan dgn usaha yang gigih sehingga berjaya.
Jadi ingatlah kepada semua bakal pengantin bijaklah berbelanja. Ok untuk cerita kahwin hari ini, saya ada nak tunjukkan design terbaru dari kami hasil idea dari customer kami juga, so tq so much to Fatin Inani dan Hezri kerana korg cukup best dan suka sgt layan korg, Saya kat sini doakan moga perkahwinan korg bahagia hingga ke jannah, amin. Fatin inani dan Hezri mengambil pakej kahwin yang lengkap tidak termasuk make up. Majlis kahwinnaya berlangsung di restoran istana bambo, kiranye konsepnye taman dan nature coz kelihatan sekeliling restoran tersebut penuh dengan bambo serta terdapat suasana kehijauan alam semulajadi, memang fresh. jadi nak tgk bole scroll kebawah .............
suasana pd waktu malam
pelamin fatin inani dan hezri
Majlis perkahwinan alfa dan pasangan
Untuk majlis seterusnye nie dari customer saya yang memang frendly.Alfa memilih konsep kahwinnye yg simple dan cantik. Majlisnye diadakan di rumahnye di tasek tambahan. Pelamin kami buat di ruang garaj depan rumah. Alfa suke gabungan turqoise dan pink, so saya cadangkan pelamin pink dan busananye turqoise, barulah pengantin nmpk menyerlah. Untuk melihatnye dgn lebih lanjut bole tgk pic di bawah nie